Faktor Perubahan
[sunting] Faktor teknologi
Bidang teknologi ini terlalu luas untuk diperkatakan. Semua aspek kehidupan melibatkan teknologi. Teknologi ini bermula dari manusia dilahirkan hinggalah manusia dikebumikan. Sejak dalam kandungan ibu, manusia terdedah kepada teknologi perubatan dan tekonoligi pemakanan. ‘kesihatan anak amat diambil kira. Lantaran itu kelahiran bayi dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran teknologi perubatan .
Manusia yang hidup tentulah mahukan kualiti kehidupan yang lebih daripada biasa. Oleh itu manusia membina rumah dengan teknologi perumahan terkini – lengkap dengan penggunaan reka bentuk rumah 3d dan lanskap yang cantik.
Ini tidak termasuk kenderaan yang digunakan dan penggunaan satelit, telefon, intenet dan pelbagai teknologi komunikasi yang lain. Bidang pengiklanan turut berubah. Media pengiklanan tidak lagi bergantung kepada media cetak seperti surat khabar. Tetapi kini pengiklanan melibatkan mel terus, email, laman web, tele-marketing, smart-shop dan katalog. Sasaran pengiklanan lebih luas kerana seluruh dunia dapat dipengaruhi.
Data menunjukkan penduduk negara dunia ketiga hampir 75 % penduduk dunia. Malangnya mereka hanya mempunyai 20-25 % daripada eksport import dan keluran dunia.
[sunting] Gaya hidup
Setiap organisasi perlu mengambil kira faktor gaya gidup. Masa kian berubah dan manusia tidak suka kepada sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah corak pekerjaaan, status perkahwinan, keselamatan , umur dana lain-lain.
Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan gaya hidup. Manusia semakin mementingkan kesihatan. Tambahan pula semakin banyak penyakit baru yang munvul dan gagal dicari ubat penyelesaiannya. Hospital dan klinik swasta tumbuh bagai cendawan.
Oleh itu, perubahan pendidikan amat perlu bagi memenuhi tuntutan perubahan dalam pendidikan.
Trend syarikat –syarikat jualan lansung untuk produk wanita berubah kepada sistem agihan. Pusat-pusat jualan kecil ditubuhkan di bandar-bandar bagim memenuhi keperluan wanita yang semakin canggih. ( jaafar , 2000)
[sunting] Persaingan
Persaingan wujud di mana-mana dan tidak dapat dielakkan. Setiap organisasi dan individu akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai kelebihan. Sekiranya organisasi dapat menewaskan pesaing, bermakna organisasi itu akan dapat keuntungan.
Oleh itu setiap organisasi akan cuba mengekalkan daya saing yang ada. Pelbagai kaedah dan perubahan dilaksanakan. Pesaing-pesaing organisasi yang melakukan perubahan dalam teknologi , gaya pengurusan dan struktur organisasi akan mampu mendorong organisasi lain untuk turut berubah dan cuba mengikut strategi pesaing.
[sunting] Perubahan dasar politik
Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu negara dengan negara yang lain. Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada negara-negara sedang membangun. Justeru itu perubahan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara menghadapi perubahan global ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu dilakukan agar tidak ketinggalan.
Contohnya perubahan dalam dasar bahasa . Seluruh dunia menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu perubahan dalam dasar bahasa amat perlu.
Bidang pertahanan negara juga mengalami perubahan. Negara-negara jiran mempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih. Di samping itu negara-negara jiran menjalinkan hubungan erat dengan kuasa-kuasa besar. Oleh itu perubahan pendidikan perlu agar setiap warga siapsiaga dengan keselamatan negara.
[sunting] Perubahan dalam struktur ekonomi
Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan mata wang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis ekonomi.
Penstrukturan semula syarikat, penggabungan syarikat dan pemberhentian pekerja akan berlaku. Perubahan pendidikan perlu menangani semua perkara ini. Sekiranya seluruh rakyat terdidik menghadapi tekanan ekonomi, masalah kegawatan ekonomi negara kurang dirasakan.
Dasar-dasar ekonomi ideal seperti dasar ekonomi baru ternyata masih belum membuahkan hasil yang dikehendaki. Apakah punca kesilapan dan kelemahan dan tahap mana yang belum diperbetulkan. Antara agenda yang perlu dirubah ialah pendidikan. Hanya perubahan pendidikan sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah dasar ekonomi.
[sunting] Perubahan pasaran buruh
Pekerja adalah nadi kejayaan sesebuah syarikat dan negara secara keseluruhannya. Negara maju seperti jepun amat menekankan faktor kemanusiaan ini. Pekerja adalah aset sebenar sesebuah negara dan bukannya hasil galian atau hasil pertanian.
Guna tenaga mahir dan cekap mendapat permintaan yang tinggi. Nisbah guna tenaga mahir dengan sebuah negara perlu seimbang. Semakin ramai tenaga kerja mahir, negara tersebut akan lebih mudah lentur dan mudah melompat untuk maju.
Contohnya negara india yang ramai penduduk yang dikatakan ramai lulusan universiti tidak mendapat peluang pekerjaan. Namun pasa masa kini negara india berada di hadapan dalam eran revolusi teknologi maklumat . Ini adalah kerana lulusan universiti yang ramai dimanfaatkan dalam bidang ict.
Kesetiaan pekerja kepada sebuah organisasi juga perlu ditekankan. Jangan mudah lupakan kulit, jangan mudah lupa daratan. Tahap kesetiaan pekerja jepun menjadi ‘role model’ negara lain. Keyakinan kepada pekerja akan mebolehkan pemindahan teknologi. Faktor utama pemindahan teknologi kurang berkesan di malaysia adalah kerana faktor pekerja yang selalu berubah tempat kerja.
Nilai-nilai baru seperti ini perlu diterapkan dalam pendidikan. Bukan semua nilai-nilai baik di luar itu baik kepada negara kita. Perancangan dan kajian mendalam mestilah dilakukan agar perubahan pendidikan berubah kepada positif dan tidak sebaliknya.
[sunting] Cara untuk menguruskan perubahan
Kegagalan perubahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kesesuaian inovasi pendidikan yang hendak diterapkan dan kecuaian semasa melaksanakan inovasi pendidikan.
Perubahan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu : • Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah berfikir secara intergratif. • Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan. • Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan mobiliti staf perlu digalakkan • Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai. • Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat.
[sunting] Teknik untuk memulakan perubahan
Kurt Lewin menjelaskan wujud keadaan keseimbangan apabila adanya desakan perubahan di satu pihak dan kuasa yang menolak perubahan di pihak yang satu lagi. Keseimbangan akan terpelihara dengan menggerakan kuasa dan menghalang kuasa seperti rajah di bawah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment