Monday, February 1, 2010

TEKNOLOGI PENDIDIKAN


  1. REKA BENTUK PENGAJARAN
  2. DEFINISI-Reka Bentuk Pengajaran
    • Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
  3. Enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran
    • Menentukan keperluan pelajar
    • Menentukan matlamat dan objektif
    • Membina prosedur penilaian
    • Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
    • Mencuba sistem pengajaran
    • Menilai keseluruhan sistem
  4. Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran
    • Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
    • Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
  5. Model ASSURE
    • Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
  6. Model ASSURE mengandungi 6 langkah (Heinich (1982)
    • A – Analyse learner (Analisis pelajar)
    • S – State objective (Nyatakan objektif)
    • S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
    • U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
    • R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
    • E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)
  7. Analisis Pelajar
    • Tiga perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:
      • (a) Ciri-ciri umum
          • Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.
    • (b) Kompetensi khusus
    • - Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.
    • (c) Stail pembelajaran
    • - Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.
  8. Nyatakan Objektif
    • Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
    • Ia juga harus difokuskan kepada apakah pengentahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipaelajari.
  9. Pilih kaedah, Media dan Bahan
    • Terdapat 3 langkah dalam pemilihan.
    • a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.
    • b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
    • Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:
    • 1. Sepadan dengan kurikulum
    • 2. Maklumat tepat dan terkini
    • 3. Bahasa yang jelas dan tepat
    • 4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
    • 5. Menggalakkan penglibatan pelajar
    • 6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik.
    • 7. Terdapat bukti keberkesanannya
    • 8. Bebas daripada bias.
    • 9. Mempunyai buku panduan yang lengkap.
    • (c) Mereka bentuk media
    • Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.
    • Objektif
    • Pelajar
    • Kos
    • Kepakaran teknikal
    • Peralatan
    • Fasiliti
    • Masa
  10. Gunakan Media dan Bahan
    • Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
    • (i) Pribiu bahan
    • (ii) Sediakan bahan
    • (iii) Sediakan persekitaran
    • (iv) Sediakan pelajar
    • (v) Sediakan pengalaman pembelajaran
  11. Melibatkan Pelajar
    • Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti:
      • Membuat latihan
      • Perbincangan
      • Latih tubi
      • Kuiz
      • Projek dan sebagainya
  12. Nilai dan Semak
    • Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
    • Penilaian melibatkan aspek:
    • - Menilai pencapaian pelajar
    • - Pembelajaran yang dihasilkan
    • - Menilai media dan kaedah
    • - Kualiti Media
    • - Penggunaan guru
    • - Penggunaan murid
  13. Menilai kaedah dan media
    • Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini seperti:
    • - Adakah media berkesan?
    • - Bolehkah ia dipertingkatkan?
    • - Adakah ia berguna?
    • - Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
    • - Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
    • - Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?
  14. Menilai kaedah dan media
    • Terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan ketika menilai media iaitu:
    • - amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar.
    • - menyokong pemikiran tinggi (Soktratik)
    • - Memperkembangkan kemahiran berfikir.
    • - menyampaikan kandungan secara mendalam.
    • - meransang naluri ingin tahu pelajar
    • - pelajar dapat melibatkan diri secara aktif.
    • - membolehkan penerokaan isu secara mendalam.
    • - menghubungkaitkan bidang pelajaran
    • - meningkatkan nilai murni
    • Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:
    • - perbincangan dengan kelas
    • - temubual dengan setiap individu
    • - pemerhatian.

No comments:

Post a Comment